top of page

UK4student adalah salah satu pakar perunding pendidikan yang terkemuka dan berpangkalan di United Kingdom. UK4student juga terkenal sebagai pembekal penyelesaian pendidikan yang sempurna kepada pelajar, penaja dan institusi pendidikan. Kami menasihati pelajar antarabangsa baru ataupun pelajar antarabangsa yang sudah berada di United Kingdom untuk mencari kursus yang dikehendaki oleh mereka. Kami juga membantu institusi-institusi pendidikan untuk menerima pelajar-pelajar berkualiti dan juga untuk penaja-penaja untuk meletakkan calon-calon mereka di institusi dengan mengurangkan isu-isu pengurusan yang terlibat.
 
Kami menawarkan perkhidmatan yang peribadi dan profesional secara PERCUMA untuk pelaj arantarabangsa yang sedang mencari tempat belajar di universiti atau kolej di UK. Perkhidmatan kami melibatkan proses keselurahan dari permulaan sampai penyelesaian aplikasi anda dengan menyokong permohonan anda dengan input anda seperti berikut:


Langkah 1- Menjelaskan atau menyatakan kursus,subjek atau universiti yang hendak dimohon.


Langkah 2– Mengimbas and emel salinan semua transkrip pendidikan anda, pasport, IELTS, dua surat rujukan, kenyataan peribadi, cadangan penyelidikan (jika memohon untuk program PhD), surat pengalaman (jika anda mempunyai apa-apa pengalaman) kepada info@uk4student.co.uk


Langkah 3- Kami akan mengambil segala tindakan yang sesuai dengan institusi-institusi semasa kitaran pengambilan. Kami bukan hanya mengemukakan permohonan anda, tetapi juga menerima tawaran dan surat CAS sambil mendaftarkan anda dengan institut tersebut.


Dan itusaja sebenarnya!!! Kamiakan mengurus and menyelesaikan pemohonan anda.

Nota: Dengan penghantaran dokumen anda, anda memberi kuasa kepada kami untuk bertindak bagi pihak anda untuk memproses permohonan anda. Kami juga akan memulai proses permohonan sebaik sahaja kami menerima permohonan anda walaupun semua dokumen yang diperlukan belum diterima oleh kami. Walau bagaimanapun, anda akan menerima tawaran bersyarat meminta baki dokumentasi.

bottom of page